Thursday, 15 July 2010

Dalam sedar...aku!

Apa masih sedar akan diriku hari ini
masih kuatkah aku untuk mengharunginya
masih ada jalan untukku laluinya...
sungguh keperitan ini aku tanggung..
dengan jiwa yang berserah padaMu...

 WASIAT IMAM HASAN AL BANNA

 Saudaraku...
Janganlah engkau berputus asa
kerana putus asa bukan akhlak seorang muslim
ketahuilah kenyataan hari ini adalah
impian semalam
dan impian hari ini adalah
kenyataan hari esok






waktu masih panjang dan
hasrat akan terwujud kedaimaian
masih tertanam dalam jiwa masyarakat kita
meskipun fenomena-fenomena
kerosakkan dan kemaksiatan menghantui mereka
yang lemah tidak akan selamanya lemah
yang kuat tidak akan selamanya kuat......

Friday, 7 May 2010

SAHABAT




Sahabat,
dalam kabur ku tercari-cari cahaya
akhirnya ku temui
sinar ceria di raut wajahmu
andainya alam ini 
mampu berkata-kata
pastilah pujian buat dirimu
di waktu itu
akulah yang bertuah
punya sahabat sepertimu..
aku ingin sepertimu...
dalam ketenangan 
menghadapi dugaan ini
sahabat....


"teman yang baik itu diumpamakan seperti pembawa kasturi dan peniup api, maka si pembawa kasturi mungkin memberikan kamu atau kamu dapat membelinya, atau kamu dapat mencium baunya yang wangi. Bagaimanapun peniup api mungkin membakar pakaianmu atau kamu dapat mencium baunya yang busuk"
           (H.R Al-Bukhari dan Muslim)