“Demi Sesungguhnya , Kami akan menguji kamu dengan sedikit
perasaan takut dan kelaparan dan kekurangan dari harta benda dan jiwa
serta hasil tanaman dan berikanlah khabar gembira kepada mereka yang
sabar” Surah Al-Baqarah ayat 155.
Alhamdulilah......Engkaulah yang Maha Memberi, Ya Allah aku hambaMu yang hina ini memanjatkan kesyukuran atas segala kurnianMu, segala kesulitan yang telah aku lalui akhirnya selesai dengan baik, sungguh nikmatMu ini tak ternilai rasanya...
Kesulitan..kepayahan dan kesakitan ini adalah satu pengajaran paling bermakna, sungguh pun hati kadang goyah bercampur emosi serta tekanan..namun dengan kecekalan, usaha dan memperbetulkan niat, Alhamdulilah segalanya aman.
Kadang-kadang Allah tidak memberi apa yang kita inginkan, tapi Dia beri apa yang kita perlukan.
Belajar bersyukur walau sedikit apa pun yang kita miliki....membuatkan kita rasa lebih tenang dan terlepas dari tekanan serta bisikan nafsu.
"Ya Robb sungguh aku begitu lemah dalam menangani setiap dugaanMu Ya Allah, ku pohon padaMu agar ditetapkan hatiku, dan ikhlaskan hatiku dalam pasrah menerima ketentuanMu amin.."
Di dalam Al-Quran, Allah telah berfirman berkenaan ujian-ujian ke atas hambaNya untuk melihat sejauh mana keimanan hamba-hambaNya.Allah berfirman di dalam surah Al-Ankabut, ayat 2 bermaksud “Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji?“
Juga di dalam Surah Al-A’raf ayat 42, Allah berfirman maksudnya, “Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh – (dengan tidak menjadi keberatan kepada mereka, kerana) Kami tidak memberati diri seseorang (dengan kewajipan) melainkan sekadar yang terdaya olehnya, – merekalah ahli Syurga, mereka kekal di dalamnya.“


No comments:
Post a Comment